Kerjaya kelab Filip Đuričić

Kerjaya awal

Đuričić bermula bermain bola sepak ketika bersama Red Star Belgrade pada usia remaja. Pada 2007, beliau menghabiskan masanya selama setahun di Greece bersama Olympiakos.[1] Selepas kembali ke Red Star Belgrade, Đuričić sertai SC Heerenveen pada Januari 2010.[2] Beliau membuat debut bersama Heerenveen pada 20 Februari menentang RKC Waalwijk, beliau melakukan hantaran pada perlawanan pertamanya.

Benfica

Pada 23 Februari 2013, Duričić bersama rakan senegara, Miralem Sulejmani telah melepasi ujian kesihatan dan menandatangani kontrak lima tahun bersama Benfica dari musim panas 2013. Dilaporkan bayaran itu sebanyak 16 juta euro.[3][4] Seminggu kemudian, Benfica mengumumkan bahawa kontrak itu sehingga Jun 2018 dengan bayaran sebanyak €40 juta.[5] Đuričić membuat debut bersama Benfica pada 18 Ogos 2013, dan menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Anderlecht dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.[6]

Pinjaman ke Mainz 05

Pada 23 Julai 2014, beliau telah dipinjam ke Mainz 05 selama satu musim dengan bayaran sebanyak €12.5juta.[7][8] Pada 15 Ogos 2014, Đuričić membuat debut bersama Mainz dalam perlawanan DFB-Pokal menentnag Chemnitzer FC.[9]

Rujukan

WikiPedia: Filip Đuričić http://www.goal.com/en-india/news/2292/editorials/... http://int.soccerway.com/players/filip-djuricic/11... http://pt.soccerway.com/matches/2014/08/15/germany... http://www.whoscored.com/Players/80443/Show/Filip-... http://www.mainz05.de/mainz05/aktuell/news/news-de... http://www.worldfootball.net/player_summary/filip-... http://web3.cmvm.pt/sdi2004/emitentes/docs/PCT4547... http://www.ojogo.pt/Futebol/1a_liga/Benfica/interi... http://diariodigital.sapo.pt/news.asp?id_news=6174... http://sport.blic.rs/Fudbal/Svetski-fudbal/220280/...